- Adakah kita betul2 faham tentang apa itu lemak?
- Tahukah kita jenis-jenis lemak?
- Betulkah lemak itu berbahaya?
- Mengapa kita patut kurangkan memakan makanan yang berlemak?
- Berikut ini dicatatkan beberapa perkara asas tentang lemak yang perlu kita tahu.
- Lemak sumber kalori terbanyak.
- Makanan banyak lemak dan minyak menyebabkan kegemukan.
- Lemak dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, kencing manis dan barah.
- Hampir kesemua makanan harian kita banyak mengandungi lemak.
- Makanan yang mengandungi lemak semulajadi adalah seperti: minyak, mentega, marjerin, minyak sapi, santan, krim.
- Makanan yang mengandungi tambahan lemak/minyak adalah seperti kuih muih, karipap, roti canai, kek, cucur pisang, bingka, keropok, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, ayam goreng, ikan goreng, mayonis.
- Ada beberapa jenis lemak dan semuanya tetap menggemukkan dan seterusnya boleh menjejaskan kesihatan.
- Ada 2 jenis lemak yang asas dalam makanan iaitu :
LEMAK TEPU Menjadi beku dan keras dalam suhu sejuk (peti sejuk). Sumber utama hasil haiwan dan sebahagian tumbuhan seperti santan dan minyak kelapa sawit. Pengambilan yang berlebihan dikaitkan dengan bertambah paras kolestrol dan risiko penyakit jantung koronari.
LEMAK TIDAK TEPU Lembut atau cair walaupun dalam suhu sejuk. Sumber utama hasil tumbuhan dan terbahagi kepada 2 jenis:
Mono tidak tepu : minyak zaitun, canola
Poli tidak tepu : minyak jagung, soya, bunga matahari dan majerin lembut
- Tips Untuk Memasak Makanan Kurang Lemak
- Buangkan lemak sebelum memasak
- Kurangkan minyak dan lemak semasa memasak
- Buang lemak beku dari sup/masakan
- Ubahsuai resipi:
- Kurangkan atau elakkan membubuh santan/kerisik- Tambah sayruan/kekacang- Kurangan daging- - Gunakan herba / rempah untuk menambah rasa
- Amalkan cara masakan seperti: Rebus, Kukus, Panggang, Ampap, Tumis, “Microwave”, “Pressure Cooker”
- Kurangkan mentega, majerin dan mayonis dalam sandwic, digalakan membubuh hirisan timun, tomato dan salad.
- Sedikit Nasihat
- Bertukar kepada susu kurang lemak atau susu krim
- Bertukar kepada snek yang lebih berkhasiat seperti buah segar, jagung rebus, roti paun
- Bertukar menu daripada daging kepada ikan
- Banyakkan makan salad dan ulam-ulaman
- Bertukar kepada masakan rebus atau kukus
Tahukah anda rahsia perbezaan antara marjerin dan butter? Bacalah artikel ini hingga ke akhirnya, anda tentu tertarik!
Marjerin dan Butter, kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Butter sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama butter, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan butter meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Butter mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!
Butter lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Butter sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus).
Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan. Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji seperti dibawah ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.Dalam masa dua hari anda akan dapati 2 perkara berikut:
Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?
Sebar2kanlah fakta ini supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.
INFO TAMBAHAN
Definisi Margarine :A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.
Definisi Butter :1. A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.2. Any of various substances similar to butter, especially:. a. A spread made from fruit, nuts, or other foods: apple butter. b. A vegetable fat having a nearly solid consistency at ordinary temperatures
so wat la pilihan yang bijak!!
TATA TITI TUTU!!
good info dik
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeleteskrg ni tgh diet
mkn roti ngan butter yg less salt...
tp still sedap...
strictly diet pun x leh gak...
ReplyDeleteyg penting brpada-pada...
kne wat food control wisely...
mana-mana web/blog pun lebih kurang serupa je…dok copy & paste. sebenarnya menda2 ni bole caya ke tak tak tak tau la. kalau betul bahaya tentu dah kena haramkan. marjerin kita dibuat dr kelapa sawit kan?. ingat tak tahun 80an dulu AS ada kempen anti minyak sawit tapi masuk mahkamah akhirnya kalah sbb minyak sawit tak bahaya. cuba tengok pandai buat ayat “..Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK.” Kalau anda nak tahu air yg kita minum juga kurang 1 molekul utk jadi HYDROGEN PEROXIDE” .. jadi JANGAN minum air
ReplyDeleteSlm semua..sememangnya marjerin kurang khasiat dr mentega. Sy sbg pelajar sains mmg dh lama tahu ttg isu ni. Jd tlg jgn kaitkn molekul air dgn hydrogen peroxide kalau tiada ilmu ttg sains. Sy bkn utk mbangga diri tp utk mjelaskn isu di atas. Dan yg pasti marjerin tggi dgn lemak trans yg merisikokn kpd pnykit jantung. Kita sbg pgguna kenalah bijak memilih agar tidak ttipu dgn agenda dari syarikat pengaluar.
ReplyDelete